KUALA LUMPUR: Pemerintah Umno BN sebenarnya tidak serius untuk menyelesaikan kemelut sosial yang berlaku dalam negara menyebabkan ianya semakin parah dan sukar untuk diselesaikan kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Menurut Ustaz Idris, pendekatan yang diambil oleh pemerintah dalam menangani isu sosial tidak mampu mengatasi masalah kerana kerajaan sendiri membiarkan unsur-unsur keruntuhan moral malahan lebih buruk lagi apabila program-program yang dianjurkan kerajaan semata-mata beroreantasikan perniagaan.
”PAS melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet.
”Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.
”Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina,” kata Idris dalam kenyataan kepada Pahangkini.net, sebentar tadi.
Berita Perlu Dibaca
- Laksanakan Tanggung-jawab Secara Beterusan bagi Capai Kejayaan – Ust Abu Kassim
- Umno Lintang Pukang Bagaimana Bercakap Soal Perpaduan- Ustaz Idris
- Pimpinan PAS Perlu Tingkat Usaha Perkasa Parti - Ustaz Idris Ahmad
- Lakukan Reformasi Politik Untuk Selamatkan Ekonomi Negeri - Roslan
- Ahli PAS Perlu Tanam Nilai Keikhlasan Tinggi Untuk Berjaya- Ust Abdul Hamid












