KUALA LUMPUR: Kemasukan ulama muda ke dalam Umno sebagaimana yang di hebohkan media sekarang ini tidak akan mampu mengubah perspeksi rakyat terhadap parti Umno yang sama sekali tidak berhasrat untuk menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad
Menurut Ustaz Idris, sejarah Umno telah memperlihatkan bagaimana ramainya nama-nama yang jauh lebih besar dari ulama muda itu ke dalam Umno dan mereka di berikan jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan namun telah gagal menerapkan penghayatan agama sebaliknya Umno terus pincang dengan masalah keruntuhan moral dan rasuah
“PAS tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang tempoh hari adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat,” katanya bagi mengulas isu kemasusan 40 ulama muda ke dalam Umno, baru-baru ini.
Tambah Idris, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan bersifat peribadi justeru akan terus menentang Umno selagi parti itu mempertahankan dasar mungkar dan maksiatnya.
“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.
Sementara itu dalam tinjauan rambang Pahangkini.net terhadap masyarakat umum mendapati berlaku kecurigaan yang tinggi terhadap hasrat penyertaan ulama muda yang ke dalam Umno dan mereka melihatnya sebagai usaha mencari kedudukan bagai mendapatkan kepentingan peribadi semata-mata.
“Apa yang boleh dilakukan oleh ulama muda yang mentah dalam soal politik sedangkan Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang begitu licik melakukan sepak terajang politik yang kotor. Tidak ada apa yang boleh diharapkan,” kata mereka.
Berita Perlu Dibaca
- Sampaikan Maklumat Secara Aktif Ubah Pemikiran Rakyat- Ustaz Idris
- Pimpinan PAS Perlu Tingkat Usaha Perkasa Parti - Ustaz Idris Ahmad
- PAS Bimbang BN Guna Isu Perkauman Tangkap Pemimpin PR - Ustaz Idris
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat
- Kaum India Perlu Tingkatkan Sokongan Bentuk Pemerintahan Yang Adil- Tuan Ibrahim











