Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Nasional Anak Akan Jumpa PAC Serah Maklumat Kepincangan Felda
 
 

Anak Akan Jumpa PAC Serah Maklumat Kepincangan Felda

E-mail Cetak PDF

logo_anak

TEMERLOH:  Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK ) akan menyerahkan  memorandum kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengesa badan itu menyiasat salahlaku dan penyelewengan kuasa  pengurusan Felda.

Pengerusinya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, saudara Mazlan Aliman  dalam dialog bersama masyarakat peneroka di Felda Lakum, dekat sini, baru-baru ini berkata  memorandum akan diserahkan dalam masa terdekat  bagi memboleh PAC mengetahui  sejauh mana kedudukan kewangan Felda dan perjalanan pengurusannya yang akir-akhir ini sangat dipertikaikan.

“Kita dapati ada perkara-perkara yang dikeluarkan melalui kenyataan oleh beberapa individu termasuk daripada  Ahmad Maslan yang amat meragukan kita. Setelah banyak pengakuan tentang berlakunya penyusutan nilai tunai Felda yang amat ketara dan beberapa isu besar yang lain maka kita akan menyerahkan dokumen kepada PAC untuk membolehkan jawatankuasa itu menyiasat,” katanya.

Mazlan dalam dailognya juga mahukan masyarakat peneroka terutama jenerasi keduanya berani bangkit memperjuangkan hak mereka  termasuk bergiat cergas dalam politik tanpa menghiraukan sekatan yang tidak wajar dikenakan pengurusan Felda di sesetengah rancangan.

“Ada di sesetengah tempat pengurus Felda yang tidak cerdik menggunakan akta GSA  untuk menindas peneroka untuk giat berpolitik tanpa memahami  peruntukan yang terkandung dalam akta tersebut. Mereka kena ingat Felda hanyalah sebuah institusi yang diberikan amanah menguruskan rancangan Felda, jangan salah gunakan kedudukan itu,” katanya.

Turut hadir pada dialog tersebut Ketua Srikandi PKR Pusat, Siti Aisah Shaik Ismail serta pimpinan PR Temerloh.