TEMERLOH : Kemelut sosial yang semakin parah melanda negara sekarang ini hanya akan dapat dipulihkan jika Islam dijadikan asas pembentukan jati diri ummah kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Berucap pada program anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Kampung Mambang Berulang, dekat sini, malam tadi Tuan Ibrahim risau dengan peningkatan kadar jenayah yang tidak terkawal dan mengingatkan semua pihak di negara ini segera kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bagi membetulkan keadaan.
Tuan Ibrahim turut mengesa rakyat bangkit membuat perubahan bagi membetulkan keadaan yang begitu meruncing yang gagal ditangani oleh pemerintah yang berkuasa.
Menurut Tuan Ibrahim lagi pemerintah Umno BN yang diberikan kuasa selama lebih 50 tahun gagal melaksanakan tanggung-jawabnya membentuk jati diri rakyat sehingga menyebabkan masyarakat menjadi kelam kabut akibat daripada penularan jenayah yang kelihatannya tidak dapat dibendung lagi.
"Kita sangat bimbang dengan jenayah membabitkan pembunuhan yang semakin meningkat. Remaja kita pula terdedah dengan bermacam kegiatan yang berlaku diluar pemikiran kita terutama membabitkan perzinaan hasil daripada pergaulan bebas. Mereka membunuh dan membuang bayi daripada perzinaan. Remaja kita pula ada yang diracuni pemikirannya sehingga sanggup menyertai pertubuhan anti tuhan seperti black metal dan sebagainya.
"Keadaan ini menunjukkan pemerintah yang ada tidak berkeupayaan mengurus sosial masyarakat dan mereka tidak pula serius menyekat punca keruntuhannya. Sebab itu kita lihat pemimpin Umno boleh sanggup lulus lesen judi sukan sedangkan judi itu salah satu punca yang meruntuhkan terutama membabitkan institusi keluarga," katanya.
Berita Perlu Dibaca
- Jaga Kepentingan Negara Dan Hak Rakyat, Hapuskan Pilihanraya Kecil - Tuan Ibrahim
- Kaum India Perlu Tingkatkan Sokongan Bentuk Pemerintahan Yang Adil- Tuan Ibrahim
- Kelemahan Kerajaan Punca Masalah Gejala Sosial – Muslimat PAS
- Sampaikan Maklumat Secara Aktif Ubah Pemikiran Rakyat- Ustaz Idris
- Pemerintah Umno Tidak Serius Tangani Isu Sosial . Peruntukan Sosial Sekadar Untuk Kayakan Kroni












