TEMERLOH: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), saudara Mazlan Aliman akan membuat satu lagi laporan Polis terhadap pengurusan Felda, kali ini bagi membantah kenaikan caruman wang tanam semula, di ibu ;pejabat Polis, Daerah Temerloh, pagi esok ( Sabtu).
Dalam kenyataan yang di maklumkan kepada Pahangkini.net, sebentar tadi Mazlan memberitahu laporan Polis akan dibuat sekitar jam 11.00 pagi dan beliau akan ditemani oleh masyarakat peneroka yang terlibat di seluruh negeri Pahang. Satu sidang media khas akan diadakan sejurus selepas laporan Polis itu dibuat.
Sementara itu beberapa orang peneroka yang datang ke pejabat Pahangkini.net semalam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap corak pengurusan Felda akhir-akhir ini yang dikatakan menekan mereka atas isu yang terbabit.
"Kami mahu satu bentuk pengurusan yang lebih jelas dan tersusun dilakukan pengurusan Felda tanpa menekan pihak peneroka yang sememangnya berada dalam keadaan yang tertekan. Kami mahu penjelasan terhadap semua isu yang berlaku termasuk pemotongan caruman wang tanah semula yang kami lihat usaha mengikat peneroka secara tidak adil," kata mereka.











