TEMERLOH: Masalah social yang melanda umat Islam di negara ini banyak berpunca daripada pemerintah meninggalkan sunnah dalam melaksanakan amalan pemerintahan, kata Pendakwah Bebas, Ustaz Dasuki Abdul Rani.
Tambah memburukkan keadaan kata Dasuki lagi apabila sebahagian besar umat Islam tidak mengikut sunnah dalam amalan kekeluargaan menyebabkan institusi sosial paling penting itu tidak mampu berfungsi sebagai benteng mencegah kemungkaran sosial seperti yang berlaku sekarang ini.
“Masalah yang berlaku sekarang orang sibuk mengadakan maulidur rasul hanya sekadar berarak ke sana ke mari saja. Tetapi sunnah yang Nabi kita tinggalkan tak nak ikut. Masyarakat kita rosak kerana kita telah kehilangan sunnah Nabi.
“Dalam membina keluarga sebagai contoh, umat Islam sekarang dah tak nak ikut sunnah nabi. Sunnahnya, Nabi ajar anak muda kita diawalkan perkahwinannya. Ibu bapa sekarang ni tidak, anak muda kita nak khawin awal, ibu bapa tak bagi. Dah tak bagi, tak nak ajar supaya amalkan berpuasa bagi menundukkan nafsu, akhirnya berlaku perzinaan, berlaku masalah dalam masyarakat.
“Dalam pemerintahan, sunnah nabi tidak mahu diikut. Nabi kita dah ajar cara bagaimana nak memerintah dengan baik tetapi yang nak dibuat hanya berarak sambut kelahiran Nabi, itu bukan sunnah pun. Kalau tak berarak sibuk tapi tak ikut sunnah pemerintahan Nabi tak sibuk pula. Ini banyak dah tak betul, sebab itu negara kita banyak masalah,” katanya.
Ustaz Dasuki menyatakan demikian dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama Jengka, baru-baru ini yang turut dihadiri lebih dua ribu pendengar.
Turut menjadi panel, Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz kamal Ashari . Pengerusi Forum, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Sharil Azman.
Berita Perlu Dibaca
- Kaum India Perlu Tingkatkan Sokongan Bentuk Pemerintahan Yang Adil- Tuan Ibrahim
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat
- Muktamar Dewan Ulama, Pemuda Dan Muslimat PAS catat Sejarah
- Tolak Umno, Selamatkan Negara Dari Bahaya Rasuah - Roslan
- Wajah Demokrasi Berpilihanraya Bertambah Buruk Akibat Rasuah - Hashim












