Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Daerah Cikgu Hamid Chenor Pulang Ke Rahmatullah
 
 

Cikgu Hamid Chenor Pulang Ke Rahmatullah

E-mail Cetak PDF

MARAN:  Bapa kepada Ketua Cabang PKR Temerloh,  Ahmad Nizam Abdul Hamid yang merupakan bekas aktivis politik tempatan cigu  Hamid Mat, 74, telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Temerloh akibat sakit tua. Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan seorang balu.

Allahyarham cigu  Hamid berasal dari Chenor adalah antara tokoh pendidik tempatan yang dikenali  dan disegani atas khidmatnya yang cemerlang kepada anak bangsa. Selain itu allahyarham juga bergiat cergas dalam politik pembangkang dan kerajaan.

Menurut Ahmad Nizam, allahyarham bapanya yang lebih dikenali dengan pangilan cigu Hamid Chenor  pernah terlibat dalam kancah politik yang dianggap kiri kerana pembabitan dalam PSRM bersama  Ahmad Bostaman . Beliau  kemudiannya menyertai Umno dan pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh Timur. Jawatan terakhirnya dalam Umno kata Ahmad Nizam ialah  Setiausaha Umno Bahagian Maran.

Tambah Ahmad Nizam apabila berlaku reformasi  dan pemecatan Anwar Ibrahim  dari Umno allahyarham bapanya menentang Umno dan  bersara  dari politik sehingga akhir hayatnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Temerloh terutama kepada doctor yang tidak jemu merawat allahyarham sepanjang berada di sana. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutama dari Pakatan rakyat yang bersusah payah menziarahi allahyarham,” katanya