Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Daerah Aktivis PAS Perlukan Bantuan
 
 

Aktivis PAS Perlukan Bantuan

E-mail Cetak PDF

hassanuddin_salim_sampaikan_bantuan

TEMERLOH:  Orang ramai yang bersimpati  adalah digalakkan menyalurkan bantuan kepada aktivis PAS, Adham Bin Wok, 52, yang kini tidak dapat melaksanakan tugasan sehariannya akibat daripada serangan penyakit kencing manis  yang serius sejak enam bulan yang lalu.

Dalam kunjungan wartawan Pahangkini.net  bersama pimpinan PAS Kawasan Temerloh di rumahnya di Kampung Dala, Lanchang, dekat sini, petang semalam mendapati  tahap kesihatan Adham  adalah lemah akibat daripada serangan penyakit tersebut dan beberapa jenis penyakit yang lain.

Kakinya masih kelihatan bengkak namun katanya  sudah agak susut berbanding sebelumnya . Beliau masih tidak boleh melakukan sebarang kerja bagi menyara keluarga. Adham menyara  keluarganya  dengan melakukan kerja menoreh getah  tetapi tidak dapat melakukannya sejak enam bulan yang lalu akibat penyakit yang dialaminya.

“Sudah enam bulan lalu saya tak boleh menoreh akibat daripada penyakit ini. Saya terpaksa  menerima rawatan susulan di hospital bagi mengubati penyakit. Keadaan sebelumnya agak teruk apabila seluruh tubuh menjadi bengkak tetapi keadaan kini agak susut namun masih tak boleh melakukan kerja,” katanya.

Adham mempunyai enam orang anak yang kesemuanya masih bersekolah dan keadaan beliau yang tidak dapat bekerja sudah tentu merumitkan. Buat masa ini kata Adham keluarganya yang terdekat membantu meringankan bebannya.

Pada lawatan tersebut PAS Kawasan Temerloh melalui Setiausahanya, Hasanuddin Salim menyampaikan sumbangan  sekadar termampu bagi membantu meringankan bebanan beliau. Turut hadir Pengarah Jentera Pilihanraya Dun lanchang, Hassan Omar.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan masing-masing ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (GIRO) NO. 06108-41-00000907-2.