
PEKAN: Seramai 16 orang warga tua dan golongan miskin menerima bantuan daripada PAS Kawasan Pekan sempena program lawatan kebajikan yang dianjurkan, bagi membantu golongan yang memerlukan.
Pengerusi penyelaras program Mohd Nazhar Othman berkata program lawatan kerja kebajikan bersama Yang Di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Abu Kassim Manaf telah disusun bagi membantu golongan yang memerlukan sekadar termampu. Disamping itu katanya program bertujuan mempereratkan ukhwah pimpinan bersama rakyat bagi mencapai objektif menyedarkan masyarakat kepentingan memupuk sifat tolong-menolong dikalangan anggota masyarakat yang semakin pudar.
"Program ini hanyalah salah satu program kebajikan yang dianjurkan dari masa ke semasa bagi membantu golongan yang memerlukan sekadar yang termampu. Tapi apa yang lebih penting kita berusaha menanam rasa hormat dan tolong menolong dikalangan anggota masyarakat setempat," katanya kepada Pahangkini.net, selepas tamat program, baru-baru ini..












