Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Daerah PAS Pekan Anjur Kursus Pemberitaan Ahad Ini
 
 

PAS Pekan Anjur Kursus Pemberitaan Ahad Ini

E-mail Cetak PDF

PEKAN: PAS Kawasan Pekan akan menganjurkan program Kursus Asas Pemberitaan bagi mencungkil bakat baru penulis berita dari kalangan ahli dan anak ahli untuk membantu mengenengahkan suara dan kegiatan PAS dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Ketua Penerangan PAS Pekan, Shanusi Abdul Rahman berkata kursus sehari itu akan diadakan pada hari Ahad ini bersamaan 11 Julai, di Darul Husna, bandar Pekan.

"Kami telah mendapat kerjasama dari Jabatan Penerangan PAS Pahang (Japen) sebagai penasihat penganjuran. Kami juga telah menjemput tenaga penceramah khas yang akan membentangkan kertas kerja bagaimana cara yang betul untuk menjadi seorang pemberita yang baik. Berdasarkan persetujuan awal seramai 30 orang peserta akan menghadiri kursus.

"Program ini akan dirasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Haji Abu Kassim Manaf dan penutupan rasminya akan dilakukan oleh Setiausaha Penerangan PAS Pahang yang juga Pengarah Japen, Hashim Abdullah,"katanya.