Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Daerah Kursus Kewartawanan PAS Pekan Dapat Sambutan
 
 

Kursus Kewartawanan PAS Pekan Dapat Sambutan

E-mail Cetak PDF

IMG_2291

PEKAN:  Kursus Asas Kewartawanan anjuran PAS Kawasan Pekan mendapatan sambutan yang menggalakan apabila seramai 30 peserta  hadir mengikuti latihan yang dikendalikan bersama wartawan akhbar Sinar Harian, saudari Fairus Mohamad di Hotel  Inderapura Resort, hari ini.

Kursus yang dirasmikan Yang DiPertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf menekankan ciri-ciri asas bagi peserta untuk melaksanakan tugas sebagai seorang wartawan.

Pengerusi Penganjur, Shanusi Abdul Rahman ketika ditemui Pahangkini.net selepas tamat program berkata kursus julung kali diadakan bagi mendedahkan  ahli PAS supaya dapat berperanan lebih aktif menyebarkan maklumat melalui kemahiran melaporkan sesuatu berita mengenai polisi atau program parti.

IMG_2293

"Alhamdulillah kita berjaya anjurkan dengan kerjasama wartawan Sinar Harian, Cik Fairus. Kursus ini amat baik dan pada masa depan kami akan anjurklan lagi bagi memantapkan penyebaran maklumat parti untuk diketahui rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu Ustaz Abu Kassim dalam ucapan perasmiannya mahukan ahli PAS berperanan  lebik aktif menghadiri kursus  yang amat bermanfaat untuk kemajuan parti. Sambil melahirkan kegembiraannya Ustaz Abu Kassim melahirkan kegembiraan atas sambutan peserta yang menggalakkan dan mengucapkan penghargaan atas kesudian penceramah memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

"Kita amat mengalu-alukan kehadiran peserta yang amat menggalakan. kami juga mengucapkan penghargaan atas kesanggupan penceramah jemputan memberikan tunjuk ajar yang amat berguna," katanya.

Kursus kewartawanan itu telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pahang (JAPEN), saudara Hashim Abdullah.

Dalam ucapannya Hashim mahukan peserta mengamalkan ilmu kewartawanan yang telah diperolehi disamping sentiasa menjaga akhlak atau etika sebagaimana yang digariskan dalam Islam agar pelaporan yang keluarkan bermanfaat  dan dapat meninggikan lagi syiar Islam yang menjadi tuntutan agama.

"Kalau kita mahu menjadi seorang pemberita yang baik maka hendaklan kita contohi nabi kita Muhamad s.a.w.  Antara tugas Nabi kita ialah menyampaikan berita sebagaimana yang menjadi arahan Allah s.w.t dalam banyak ayat dalam Al Quran. Oleh yang demikian itu dalam usaha menyampaikan berita kita hendaklah berpeggang kepada prinsip benar dan  amanah. Kita juga hendaklah memastikan maklumat kita sampai ke sasaran dan sentiasa ada kebijaksanaan dalam tugasan. Jika keadaan ini kita dapat hayati fungsi kita sebagai pemberita akan lebih berjaya," katanya.