Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Dewan-Dewan Pemuda Pemuda PAS Mahu PR Bentuk Kerajaan
 
 

Pemuda PAS Mahu PR Bentuk Kerajaan

E-mail Cetak PDF

KUALA KRAU: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau memperteguh iltizam mahu menarik golongan muda menyertai PAS dan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum akan datang sehingga terbentuknya kerajaan PR.

Penegasan tersebut dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-hafiz dalam ucapan pada Mesyuarat Agungnya kali ke 22, di sini, semalam. Mesyuarat dirasmikan Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Mahfuz Omar

Kearah mencapai hasrat menguasai pemerintahan negeri, ustaz Shahril mahukan pemuda PAS bekerja dengan lebih keras melahirkan kesedaran rakyat bagi menuntut perubahan politik secara menyeluruh bagi menyelamatkan negara daripada kepincangan yang yang dilakukan UmnoBN.

”Semua pemuda mesti bekerja keras untuk memastikan PAS dan PR dapat menawan negeri Pahang. Negeri Pahang mesti ditadbir urus dengan baik. Kita bimbang kalau perubahan tidak dapat dilakukan negeri dan negara ini berada dalam keadaan yang amat membimbangkan.

”Sekarang ini kita melihat negara mengalami masalah dari semua sudut termasuk salah urustadbir, penyelewengan, rasuah dan kita juga amat bimbang dengan kadar jenayah yang semakin meningkat. Ini adalah kerana kegagalan dan kurang prihatinnya pemerintah UmnoBN,” katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mahfuz mengingatkan pemuda PAS supaya mempunyai sikap yang berani dan memperoleh kefahaman yang jelas terhadap tujuan dan matlamat yang ingin dicapai oleh parti.

Mahfuz juga menuntut pemuda PAS supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber parti yang rasmi dan tidak sesekali terpengaruh dengan permainan media masa yang dikuasai Umno BN yang suka melakukan propaganda.

”Pemuda PAS perlu ada gambaran yang jelas terhadap perjuangan PAS. Pemuda perlu menanam sikap yang berani menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah UmnoBN. Saya ingatkan jangan terpengaruh dengan permainan media masa pengampu UmnoBN yang suka melakukan propaganda,” katanya.