Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Negeri Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan
 
 

Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan

E-mail Cetak PDF

TEMERLOH: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman berkata persatuannya menerima permohonan keahlian  yang sangat mengalakkan daripada masyarakat felda selepas peristiwa penahannya berlaku. Dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, sebentar tadi Mazlan berkata beliau menerima banyak permohonan daripada generasi kedua Felda  diseluruh Negara yang menyatakan keinginan menjadi ahli persatuan Anak.

“Saya menerima banyak permohonan daripada masyarakat Felda generasi kedua  seluruh negara yang mahu menganggotai Anak. Penahanan saya baru-baru ini merupakan suatu hikmah yang telah menyedarkan masyarakat felda.

“Walau pun tekanan semakin kuat namun saya masih menerima banyak permohonan daripada mereka untuk mengadakan ceramah, dialog dan kegiatan lain. Ini menyakinkan saya bahawa masyarakat felda yang selama ini dianggap talian hayat Umno akan berakhir,” katanya.