MARAN: Rakyat Pahang dituntut melakukan reformasi politik dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang jika mahu beroleh manfaat ekonomi yang lebih baik, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, saudara Roslan Zainal al Ahmadi.
Berucap pada program bersama rakyat anjuran PAS Kawasan Maran, di Felda New Zealand, malam tadi Roslan turut berkata kegawatan ekonomi kerajaan negeri sekarang berpunca daripada pemerintah Umno BN yang terlalu lemah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya.
Disamping itu kata Roslan tetlalu banyak penyelewengan dan kegagalan mengeksploitasi sumber negeri menambah burukkan keadaan.
“Kita menyeru rakyat Pahang agar berani melakukan reformasi politik pada pilihanraya umum yang ke 13 akan datang. Kegagalan kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup rakyat berpunca daripada berlakukanya kelemahan dan penyelewengan dalam amalan pengurusan dan pentadbiran oleh Umno BN.
“Tak ada cara bagi membetulkan keadaan selain menolak kepimpinan Umno BN dari berkuasa. Masyarakat Melayu di kampung kita ajak bersama golongan profesional dan peniaga di bandar-bandar yang sudah hilang kepercayaan kepada BN.
“Kegagalan Umno BN Pahang mewujudkan pertumbuhan ekonomi negeri sejak lebih 10 tahun lalu telah digambarkan melalui bajet defisit dan hutang dengan Kerajaan Persekutuan hampir RM2 bilion. Walhal negeri Pahang kaya dengan hasil bumi seperti balak, emas, pertanian dan lain-lain. Kita hairan dengan keadaan ini sebab itu kita ajak rakyat bersama kita,” katanya.
Berita Perlu Dibaca
- Tolak Umno, Selamatkan Negara Dari Bahaya Rasuah - Roslan
- Negara Perlukan Reformasi Ekonomi Bukan MEB- Hashim
- Pemerintah Umno Tidak Serius Tangani Isu Sosial . Peruntukan Sosial Sekadar Untuk Kayakan Kroni
- Fokus Untuk Menang Tamatkan Korupsi Umno – Tuan Ibrahim
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat











