Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Negeri Nasib Orang Asli Akan Lebih Baik Jika Dibawah Pemerintahan PR
 
 

Nasib Orang Asli Akan Lebih Baik Jika Dibawah Pemerintahan PR

E-mail Cetak PDF

TEMERLOH: Kehidupan masyarakat orang Asli di negara ini akan lebih baik dan terbela jika Pakatan Rakyat (PR) di berikan peluang untuk memerintah kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pahang, N Balasubramaniam.

Bercakap pada program lawatan ke perkampungan orang Asli, kampung Paya Badak, dekat sini, semalam Balasubramaniam mengingatkan masyarakat orang Asli tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang selama ini sentiasa memburuk-burukkan PAS dan PR.

“Dulu kami dari kaum India pun takut nak dekatkan diri dengan PAS. Mereka (pemimpin Umno) kata kalau dekatkan diri dengan PAS nanti orang PAS paksa kita peluk Islam. Ini tidak benar sama sekali. Sekarang kami dah tahu itu semua itu tak benar, kami sokong PAS kerana pemimpin PAS baik, mereka boleh tolong semua orang.

“Masyarakat orang Asli pun begitu, dah ramai yang cerdik pandai, di luar sana dah ramai yang sokong PAS, kita jangan takut,” katanya.

Menurut Balasubramanian rakyat yang berada dibawah pemerintahan PR telah menikmati suasana kehidupan yang lebih baik kerana dasar pemerintahan yang adil kepada semua kaum.

“Kita tengok sekarang rakyat yang berada dalam kerajaan PR dapat hidup selesa dan lebih baik kerana dasar pemerintahan yang adil kepada semua kaum. Saya harap masyarakat orang Asli berani berubah,” katanya.

Pada majlis tersebut Balasubramaniam menerima borang permohonan salah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS kalangan masyarakat orang Asli Kampung Paya Badak, Sidek a/l Wahab. Harakah difahamkan seramai 30 lagi borang keahlian akan diserahkan dalam masa terdekat.