
TEMERLOH: Penduduk kampong Bangau Tanjung kesal kerana wakil rakyat dan kerajaan gagal menyelasaikan isu pengambilan tanah untuk menanam kabel elektrik diatas tanah yang didakwa milik mereka. Lebih malang lagi bagi penduduk apabila kerja-kerja terus dilakukan hari ini tanpa keputusan yang dapat dicapai secara bersama.
Berdasarkan maklumat yang diberikan penduduk serta dokumen yang dikeluarkan oleh beberapa jabatan terutama oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh yang secara jelas telah mengeluarkan arahan agar kerja penanaman kabel hanya boleh disambung setelah semua bantahan daripada penduduk Bangau Tanjung dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di selesaikan.
Isu bantahan penduduk kampong terhadap pengambilan tahah bagi menanam kabel elektrik tersebut telah lama berlarutan sehingga kini masih belum diselesaikan membuktikan kelemahan kerajaan Umno BN terutama wakil rakyatnya.
Kampung Bangau Tanjung terletak didalam kawasan Parlimen Temerloh dan di dalam kawasan Dun Mentakab. Kedua-duanya diwakili oleh Umno dan MCA.

Dalam tinjauan Pahangkini.net sebentar tadi setelah dimaklumi penduduk mendapati suasana di tempat kejadian agak kecoh apabila terdapat ramai anggota polis mengawasi kerja-kerja mengorek tanah walau mendapat bantahan penduduk. Turut kelihatan pegawai kerajaan dan petugas TNB.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Penduduk kampong Bangau Tanjung, Nazri Sulaiman kesal kerana pihak yang terbabit terus melakukan kerja mengorek walau pun proses rundingan dan arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan secara jelas oleh Pejabat Tanah Daerah Temerloh.
“Kami telah mengadakan rundingan banyak tiga kali bermula bulan Mac 2009 dan arahan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Dan tanah Temerloh pada 5 Mac 2009 yang secara jelas mengarahkan kerja dihentikan dan hanya boleh disambung semula setelah semua bantahan daripada penduduk dengan pihak TNB di selesaikan,” katanya sambil menunjukkan surat tersebut.
Menurut Nazri penduduk bukan membantah pembangunan yang ingin dilaksanakan tetapi haruslah menepati prosedur yang di tetapkan.
“Kita bukan nak bantah pembangunan, kita nak proses rundingan diselesaikan dulu. Mana konserp rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya kesal.
Salah seorang penduduk terbabit, Mohd Roslan Ishak kesal kerana slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tidak dilaksanakan sebaliknya rakyat dinafikan hak mereka secara tidak bertanggungjawab
“Kami masih dalam proses rundingan tetapi mengapa pihak terbabit boleh melanggarnya sesuka hati,” katanya.
Seorang lagi penduduk Khalit Abdul Majid kesal kerana tidak ada pun wakil rakyat daripada Umno BN yang hadir untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah .
“Kita tengok hari ini, rakyat resah kerana masalah tak dapat diselesaikan tapi tak ada wakil rakyat di kaeasan I ni yang datang,” katanya.
Berita Perlu Dibaca
- Penduduk Kampung Jerangsang Mahu Masalah Kemudahan Asas Diatasi
- Dedahkan Kepincangan Pengurusan Kerajaan Kepada Rakyat – Tuan Ibrahim
- Pengunjung Pahangkini.net Tolak Pendidikan Seks Di Sekolah
- Jaga Kepentingan Negara Dan Hak Rakyat, Hapuskan Pilihanraya Kecil - Tuan Ibrahim
- Bencana Sosial Sukar Dirawat Jika Rakyat Terus Sokong Umno











