Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Negeri Laksana Kerja Secara Berterusan Untuk Berjaya - Ustaz Abu Kassim
 
 

Laksana Kerja Secara Berterusan Untuk Berjaya - Ustaz Abu Kassim

E-mail Cetak PDF

IMG_2269

PEKAN: Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Haji Abu Kassim Manaf mengingatkan petugas PAS agar sentiasa peka dengan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kerja-kerja menghadapi pilihanraya dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Menurutnya, kerja-kerja menghadapi pilihanraya mesti dilakukan secara berterusan dan berperancangan, sebaliknya beliau mengingatkan jika petugas parti hanya menunggu saat akhir untuk bekerja bersungguh-sungguh maka perbuatan sedemikian akan mengundang masalah yang boleh menggagalkan matlamat yang ditetapkan.

"Dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang petugas PAS perlu laksanakan kerja-kerja awalan dan dibuat secara berterusan. Kita kena buat kerja mendaftar pemilih secara bersungguh-sungguh. Kerja ini sangat penting bagi membantu mencapai kejayaan dalam pilihanraya," katanya dalam pertemuan dengan petugas PAS Pekan, di Darul Husna, dekat sini,  petang semalam.

Ustaz Abu Kassim yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang turut mengesa petugas PAS berperanan aktif mendekati masyarakat melalui berbagai kegiatan yang bersesuai bagi menarik sokongan rakyat kepada perjuangan Islam  yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Usaha mendekati masyarakat melalui berbagai kegiatan mestilah dilaksanakan  secara yang menyeluruh dan berkesan. Melalui usaha ini kita akan dapat menjalinkan hubungan yang baik seterusnya dapat menyampaikan maklumat yang boleh menyakinkan rakyat kepada perjuangan yang ingin kita bawa," katanya.