TEMERLOH: Pemerintah Umno BN masih gagal menyakinkan rakyat terhadap kesungguhan membenteras penyelewengan dan rasuah. Justeru, rakyat nampaknya tidak meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap adanya usaha tranformasi budaya dalam pengurusan cermat yang begitu penting bagi memastikan kejayaan dasar atau polisi kewangan kerajaan.
Dalam forum undian rakyat anjuran Pahangkini.net atas tajuk 'Model Ekonomi Baru (MEB) Akan Gagal Kerana Kerajaan Tidak Serius Halang Rasuah Dan Penyelewengan' yang ditutup semalam bagi memberi laluan kepada topik baru telah mendapati 93.9 peratus bersamaan 123 pengundi dari 131 pengundi keseluruhan bersikap setuju kepada tajuk yang dikemukakan. Sementara hanya 4 pengundi atau 3.1 peratus sahaja tidak bersetuju sementara sejumlah 4 lagi pengundi atau 3.1 peratus berstatus ragu.
Kedudukan undian rakyat ini boleh membawa maksud kepercayaan umum terhadap pemerintah Umno BN yang sangat lemah dalam aspek pengurusan ekonomi. Keadaannya juga akan menimbulkan lain-lain implikasi termasuk kemerosotan kepercayaan atau sikap politik rakyat terhadap kerajaan.
Jika pandangan rakyat ini benar maka kedudukan ekonomi negara dalam bahaya dan kerajaan tidak mungkin mampu membangunkan ekonomi dalam suasana yang kondusif. Oleh yang demikian itu cadangan perancangan ekonomi kerajaan yang diperkenalkan dilihat beroreantasikan 'menekan rakyat' melalui isu pemotongan subsidi dan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah pertimbangan berat kemungkinan dilaksanakan.
Berita Perlu Dibaca
- Lakukan Reformasi Politik Untuk Selamatkan Ekonomi Negeri - Roslan
- Jaga Kepentingan Negara Dan Hak Rakyat, Hapuskan Pilihanraya Kecil - Tuan Ibrahim
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat
- Tinggal Sunnah Dalam Pemerintahan Punca Negara Bermasalah
- Pengurusan PR Jujur Ekonomi Meningkat - Ustaz Tuan











