
TEMERLOH: PAS Pahang hari ini telah membuat perjanjian persefahaman (MOU) dengan Takaful Ikhlas bagi menarik penyertaan ahlinya dalam skim yang disediakan bagi faedah bersama.
Perjanjian MOU tersebut telah dibuat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini,sebentar tadi. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Bendahari Badan Perhubungan PAS Pahang, Musanif Abdul Rahman bertindak mewakili PAS Pahang sementara menandatangani bagi pihak takaful Ikhlas pula oleh ejen dan Pengurus Unitnya Encik Abdul Majid Hassan dan Encik Abdul Rahim Sulaiman.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya berharap skim yang ditawarkan dapat menarik minat penyertaan ahli dan penyokong PAS kerana ia boleh mendatangkan faedah bersama.
“Mou yang kita adakan hari ini diharapkan dapat memberikan manfaat bersama dan saya harapkan ianya mendapat sambutan yang menggalakan,” katanya.
Pengurus Unit Takaful Ikhlas , Abdul Rahim Sulaiman dalam ucapannya pula berkata tawaran yang diberikan pihaknya akan dapat melahirkan situasi menang-menang ( Win Win Situasion ) supaya kedua belah pihak dapat faedah daripada penyertaan ahli ke dalam skim yang ditawarkan.
Berita Perlu Dibaca
- PR Pahang Desak Adakan Sidang Khas Parlimen Bincang Kebiadaban Israel
- PR Pahang Buat Aduan SPRM Berhubung Rasuah Pilihanraya Sibu
- PAS Pahang Anjur Kursus Tingkat Kemahiran Petugas Pilihanraya
- Pakatan Rakyat Pahang Terima Kunjungan Hormat Kakitangan Sinar Harian
- PAS Pahang Akan Hantar Petugas Di Hulu Selangor











