
TEMERLOH: Pemimpin Umno BN diingatkan agar tidak menjadikan Felda sebagai institusi yang menekan dan menindas masyarakat peneroka daripada terlibat secara aktif dalam politik yang merupakan hak asasi mereka kata Ketua Srikandi PKR, Siti Aisah Shaik Ismail dalam Dailog Bersama Peneroka di Felda Lakum, petang semalam.
Menurut Aisah, Felda adalah institusi yang hanya diberikan hak untuk mengurus dan tidak wajar menyalahgunakan kedudukan dengan bertindak mengongkong masyarakat daripada mendapatkan hak berpolitik hanya semata-mata tunduk kepada desakan pemimpin Umno.
"Tanah ini hak penduduk, Felda hanya diberikan hak untuk menguruskannya. Pemimpin Umno jangan jadi jaguh kampung menggunakan Felda untuk mengongkong mereka daripada berpolitik," katanya.
Mengenai isu Felda bankrap sebagaimana yang hangat diperkatakan mutahir ini Aishah mencabar pemimpin Umno mengambil tindakan terhadap menteri yang menyatakan negara akan bangkrap pada 2019 jika subsidi diteruskan kerana telah menimbulkan ketakutan kepada rakyat.
"Saya mencabar hari ini kerana baru-baru ini menteri kata negara akan bankrap 2019 jika subsidi diteruskan.Saman menteri dan lucutkan jawatannya kerana kenyataan telah menimbulkan ketakutan rakyat bahawa negara bankrap 2019 jika subsidi diteruskan," katanya.
Turut menjadi panel dalam dailog Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengerusi Anak, saudara Mazlan Aliman.
Berita Perlu Dibaca
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat
- Pemerintah Umno Tidak Serius Tangani Isu Sosial . Peruntukan Sosial Sekadar Untuk Kayakan Kroni
- Pimpinan PAS Perlu Tingkat Usaha Perkasa Parti - Ustaz Idris Ahmad
- Laksanakan Tanggung-jawab Secara Beterusan bagi Capai Kejayaan – Ust Abu Kassim
- PAS Sambut Baik Guru Di Benar Berpolitik - Ustaz Idris












