Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Berita Negeri Dewan Ulama PAS Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal
 
 

Dewan Ulama PAS Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal

E-mail Cetak PDF

poster_bppnp_09-11TEMERLOH: Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang sebentar tadi telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh bagi menuntut Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal menarik balik kenyatannya yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat sebagaimana yang disiarkan akhbar, baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Haji Abu Kassim Manaf dalam laporannya menganggap perbuatan yang dilakukan Mohd Shafie adalah biadap, berunsur fitnah serta boleh mencetuskan provokasi, menghasut yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Merujuk kepada akhbar Sinar Harian, edisi Pahang pada hari Rabu yang bertarikh 01 Julai 2010, di muka surat 8 yang bertajuk 'PAS beri amaran buat laporan Polis, saya dan rakan-rakan yang lain Abdul Khalit bin Majid, Mat Razali Bin Yusof membuat laporan Polis kerana Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Dato' Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno kerana tidak menarik kembali kenyataannya yang menghina PAS sebagai parti ajaran sesat.

Kenyataan beliau tersebut adalah biadab, berunsur fitnah dan boleh mencetuskan provokasi, menghasut serta menggugat ketenteraman awam. Kami mahu pihak Polis menyiasat segera perkara ini dan mendesak Dato' Seri Mohd Shafie Apdal menarik kembali kenyataan beliau tersebut. Demikian laporan ini dibuat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam laporan.

Turut hadir Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Nafiri Tozi, Bendahari Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Jauhari Ishak, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Che Zuhar Che Harun serta ahli dan penyokong PAS.

?