TEMERLOH: PAS melahirkan rasa kesal diatas masalah yang menimpa pelajar Maktab Rendah Sain Mara (MRSM) Bentong yang terpaksa berpindah akibat runtuhan tanah yang boleh mendedahkan pelajar kepada kemalangan.
Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah ketika memberikan kenyataan kepada Pahangkini.net, semalam berkata beliau telah menerima rungutan ibubapa pelajar terbabit dan kesal dengan kejadian yang berlaku akibat daripada kurangnya ketelitian kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek.
“Saya telah menerima rungutan. Saya dimaklumi bahawa semua 804 pelajar terpaksa dipindahkan ke MRSM Pekan dan keadaan sedemikian sudah tentulah menyusahkan bukan sahaja pelajarnya tetapi juga tenaga pentadbiran dan ibubapa terbabit,”katanya.
Tambah Hashim, terlalu banyak projek yang berimpak ekonomi tinggi gagal disempurnakan kerajaan membuktikan ujudnya kelemahan perancangan yang mendedahkan wang negara dibazirkan dalam perkara yang tidak sepatutnya.
“Saya melihat adanya kelemahan dan kegagalan kerajaan dalam setiap projek membabitkan ekonomi berimpak tinggi dan pembinaan maktab ini sebagai bukti adalah salah satu lagi contohnya,” katanya.
Hashim yang juga Pengerusi Jawatankuasa (PAS) Menangani Isu-Isu Pembangunan Parlimen Temerloh menambah selagi kerajaan gagal menetapkan piawaiaan penguatkuasaan standart dalam pengendalian projek akan menyebabkan ketidaksempurnaan dalam pembinaan projek akan berlanjutan dan negara dibebani dengan masalah kewangan yang teruk.
“Masalah yang menimpa MRSM Bentong ini adalah salah satu lagi projek kegagalan kerajaan Umno BN yang tidak sepatutnya berlaku. Rakyat sudah tentu boleh mempertikaikan status pembinaan projek dari aspek pemilihan lokasi, status keselamatan dan kesesuaian pembinaan institusi pendidikan di situ.
”Bersama rakyat kita melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap masalah yang mereka dan anak-anak mereka hadapi. Kita juga menuntut kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya atas kegagalan membina infranstruktur sempurna bagi pendidikan. Sebab itu kita mahu kerajaan mengamalkan dasar yang telus dan berintergriti supaya dana awam yang dilaburkan dapat dimaksimakan manfaatnya dan negara bebas daripada pembaziran yang merugikan.
Berita Perlu Dibaca
- Pihak Ceroboh Dan Musnahkan Data Pahangkini.net Tidak Bertamadun. Dipercayai Ada Niat Politik Yang Jahat
- PAS Gesa JBA Buat Pemeriksaan Meter Air Bulanan Elak Beban Pengguna
- PAS Paya Besar Berjaya Tambah Ahli Kelab Penyokong
- PAS Gesa Pihak Berkuasa Pantau Alam Sekitar - Roslan
- Penduduk Kampung Jerangsang Mahu Masalah Kemudahan Asas Diatasi











