Pahang Kini

 
 

 
 
 
 
Anda Berada Di Laman: Utama
 
 

PAS Sambut Baik Guru Di Benar Berpolitik - Ustaz Idris

E-mail Cetak PDF

idris-ahmad1KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, baru-baru ini yang membenarkan  pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 01 Ogos depan 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya mengenai pengumuman tersebut  berkata PAS mengharapkan tidak ada amalan pilih kasih ketika kebenaran diberi samada guru terbabit mahu aktif dalam parti politik pembangkang atau pun kerajaan.

Menurut Ustaz Idris kerajaan sepatutnya  sudah melakukannya lebih awal sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Tambahan Ustaz Idris lagi, sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

"Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu. Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak menyebarkan fikrah perjuangan.

"Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya al Syarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al Baqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini," katanya

Menurut Ustaz Idris lagi PAS berkeyakinan guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.

"PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas  seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik,"katanya.